Monday, September 28, 2020

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN


MAKSUD KEBUDAYAAN

Seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran.

MAKSUD PERPADUAN

Proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta memiliki perasaan cinta dan bangga kepada tanah air.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana kepelbagaiannya yang bukan sahaja berbeza dari segi etnik malahan aspek ekonomi , kebudayaan dan agama .





JENIS-JENIS KEBUDAYAAN 


KAUM MELAYU 
  • Ia merupakan kumpulan etnik terbesar di Malaysia.
  • Bertutur dalam Bahasa Melayu ,beragama Islam dan mengikuti adat istiadat Melayu.
  • Orang Melayu terkenal dengan budaya seni dan sikap yang peramah.
 


PAKAIAN TRADISIONAL 

                                     BAJU MELAYU & BAJU KURUNG

  • Baju Melayu & Baju Kurung digunakan untuk majlis - majlis perkahwinan , majlis agama dan masjlis rasmi .
  • Baju ini sesuai dipakai oleh semua masyarakat tanpa mengira usia .


                      PERMAINAN TRADISIONAL

 

CONGKAK
  • Nama ' Congkak ' berasal dari bahasa melayu 'congak' iaitu pengiraan mental .
  • Menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buah congkak menggunakan biji getah atau guli . 



SEPAK TAKRAW
  • Merupakan sejenis permainan antara dua pasukan yang dianggotai oleh 3 orang pemain.
  • Bola takraw diperbuat daripada rotan

  
 WAU
  • Wau sangat terkenal di negeri pantai timur .
  • Dipanggil wau kerana bentuknya seperti wau jawi.
  • Corak yang digunakan bermotifkan tumbuhan dan haiwan.




TARIAN TRADISIONAL



JOGET 
  • Suatu ketika dahulu tarian joget sangat terkenal di Negeri Melaka.
  • Tarian ini biasa dipersembahkan ketika upacara Mandi Safar .
  • Tarian ini juga dapat memeriahkan majlis - majlis perkahwinan dan keramaian.





ZAPIN
  • Merupakan tarian tradisional Kaum Melayu .
  • Tarian Zapin mementingkan pergerakan secara berkumpulan .


ALAT MUZIK

KOMPANG

  • Sejenis alat muzik bagi Kaum Melayu 
  • Kulit kompang diperbuat daripada kulit kambing ,lembu dan getah sintetik


GENDANG
  • Diperbuat daripada kulit kerbau , kambing dan lembu.
  • Gendang biasa digunakan untuk persilatan dan tari menari .



                                           KAUM CINA 
  • Merupakan kaum yang kedua terbesar di Malaysia .
  • Pada zaman dahulu Malaysia dan China mempunyai hubungan politik dan perdagangan .
  • Masyarakat Cina akan menyambut tahun baharu cina setiap tahun.


                 PAKAIAN TRADISIONAL


                                                                               SAMFOO

  • Samfoo bermaksud 'baju dan seluar' .
  • Samfoo boleh dipakai lelaki dan perempuan .
  • Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus .



CHEONGSAM 
  • Cheongsam turut dipakai oleh wanita cina .
  • Cheongsam mempunyai leher yang tinggi dan belahan di kiri dan kanan kain .
  • Cheongsam diperbuat daripada kain sutera satin dan lain lain jenis kain yang lembut .


PERMAINAN TRADISIONAL


YO-YO CINA
  • Mempunyai dua cakera yang sama saiz yang dihubungkan oleh gandar yang panjang .
  • Yoyo akan berpusing apabila dimainkan pada tali yang diikat pada dua batang kayu kecil
  • Yoyo cina diperbuat daripada buluh dan ia mudah patah .


GO
  • Go ialah sebuah permainan berpapan yang dimainkan oleh dua orang .
  • Di dalam bahasa cina Go dikenali  sebagai Wéiqí .
  • Permainan ini mempunyai undang-undang yang mudah.


TARIAN TRADISIONAL

TARIAN SINGA
  • Tarian singa merupakan tarian tradisional kaum cina 
  • Tarian ini dilakukan oleh dua orang penari 
  • Kebiasaannya mereka akan memungut 'angpau' atau 'keuntungan'

TARIAN BUNGA 
  • Tarian bunga adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan dunia 
  • Tarian ini dipersembahkan oleh wanita-wanita .
  • Tarian menggambarkan aman ,kasih sayang dan harmoni . 


ALAT MUZIK TRADISIONAL

LIU QIN
  • Ia merupakan alat muzik bertali dan cara dimainkan secara memetik tali.
  • Ia bersaiz kecil dan pemetiknya diperbuat daripada tanduk atau plastik.
  • Liu Qin akan dimainkan pada opera cina dan nyanyian rakyat.


CHING DAN CHAP

  • Kedua duanya mempunyai bentuk yang sama dan dgiunakan sebagai pasangan .
  • Ia diperbuat daripada kepingan gangsa nipis .
  • Ia berbentuk bulat dan berlekuk dibahagian tengah seperti cawan .
  • Ia berfungsi sebagai penanda masa dan menentukan tempoh pancaragam Piphat.

PIPPA
  • Pippa dicipta sejak lebih dua ribu tahun dahulu 
  • Ia mempunyai empat tali dan talinya ditala kepada  A , D , E, dan A
  • Alat ini dimain untuk mengatasi perasaan marah kerana terpaksa membina tembuk besar .



KAUM INDIA 
  • Merupakan kaum yang ketiga terbesar di Malaysia .
  • Mereka kaya dengan kebudayaan dan masih mengamalkan sehingga ke hari ini

                         PAKAIAN TRADISIONAL 
 
DHOTI
  • Dhoti dipakai oleh kaum lelaki .
  • Ia diperbuat daripada kain yang bewarna putih.
  • Dhoti akan dipakai pada hari perkahwinan. 

SARI
  • Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan kebiasaannya dipakai pada musim perayaan 
  • Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter .
  • Kain sari adalah jarang dan buruk .



PERMAINAN TRADISIONAL



KHO-KOH 
  • Kho-koh meruapakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan lari dan kejar .
  • Cara permainan ini ialah pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain .
  • Setiap kumpulan mempunyai 12 pemain dan memerlukan kecegasan fizikal


KABADI 
  • Permainan ini mempunyai dua pasukan yang terdiri daripada 7 pemain .
  • Setiap kumpulan mempunyai 5 orang pemain simpanan .
  • Permainan ini akan dimainkan 20 minit .

TARIAN TRADISIONAL
 
 
BHARATA NATYAM
  • Tarian ini berasal daripada daripada Selatan India 
  • Tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari wanita 
  • Muzik bagi tarian ini berdasarkan kepada nada yang penting seperti Bhairavi,Kalyani dan Kambhodi 

BHANGRA

  • Bhangra merupakan tarian yang meraikan penglibatan dan kejayaan dalam tuaian yang baik .
  • Tarian ini dipersembahkan oleh kaum lelaki dan perempuan 
  • Penari akan memakai pakaian yang pelbagai serta bewarna cerah .


ALAT MUZIK TRADISIONAL 
DHOLAK
  • Merupakan sejenis alat gendang dua muka yang berbentuk tong .
  • Permukaan diperbuat daripada kulit kambing  
  • Baluh alat ini diperbuat daripada kayu dan diikat dengan tali .
  • Dholak akan dimainkan untuk mengiringi muzik rakyat .

TABLA DAN BAYA 
  • Tabla merupakan gendang travel yang diletakkan disebelah kanan pemain .
  • Baya merupakan gendang bes yang diletakkan pada bahagian kiri pemain .
  • Permainan ini ditutupi oleh kulit kambing .
  • Tabla dan Baya akan dimainkan untuk mengiringi muzik-muzik sinkretik seperti ghazal dan dangdut .
SABAH

KADAZAN DUSUN

  •  Kadazan ialah kelompok etnik bumiputera bagi negeri Sabah di negeri ini.
  • Kadazan dan Dusun merupakan dua kaum berbeza dan mereka digabungkan kerana mempunyai bahasa dan budaya yang sama .
  • Masyarakat ini mempunyai keunikan melalui kebudayaan dan adat resam yang diamalkan.



PAKAIAN TRADISIONAL

KADAZAN 

  • Merupakan pakaian istiadat masyarakat Kadazan 
  • Baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning keemasan 
  • Mereka memakai perhiasan diri seperti gelang tangan dan tali pinggang yang diperbuat daripada siling perak.



TARIAN TRADISIONAL

SUMAZAU
  • Tarian ini sangat terkenal di negeri Sabah .
  • Tarian ini sering dipersembahkan pada Tadau Keamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan dinegeri Sabah pada setiap bulan Mei .
  • Tarian ini ditarikan dengan bertujuan mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam , menuai padi ,menolak bala dan mengubati penyakit .

TARIAN BULUH
  • Ia ditarikan secara melompat-lompat dan ia amat mementingkan kemahiran pergerakan kaki .
  • Tarian ini menggunakan gong,buluh dan suiling .
  • Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis dan laki-laki.



SARAWAK 

 IBAN
  • Iban bermaksud orang atau manusia .
  • Kaum ini menyembah tiga tuhan dibawah kekuasaan Singalang Burung , Tuhan Burung Peperangan .
  • Amalan cara hidup mereka adalah berlandaskan hukum adat pantang larang ,toleransi dan berteraskan hubungan persaudaraaan yang erat .


PAKAIAN TRADISIONAL

BAJU BURUNG DAN NGEPAN IBAN
  • Baju Burung dipakai oleh lelaki Iban manakala Ngepan Iban adalah pakaian tradisional wanita.
  • Lelaki akan memakai sebuah topi diatas kepala iaitu ketapu.
  • Bagi wanita pula mereka memakai sugu tinggi diatas kepala untuk dijadikan sebagai perhiasan dan memberi keunikan sendiri.



                     TARIAN TRADISIONAL

                                  NGAJAT
  • Tarian Ngajat atau Tarian Lorek sangat popular dalam kalangan orang iban di Sarawak.
  • Tarian ini akan ditarikan semasa menyambut Hari Gawai .
  • Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya .




PERAYAAN



KAUM MELAYU

  • Hari Raya Aidilfitri 
- disambut pada setiap 1 Syawal (bulan Islam)
- merupakan hari kemenangan bagi seluruh umat Islam yang berpuasa pada bulan sebelumnya




  • Hari Raya Aidiladha
- juga dikenali sebagai hari raya korban
- disambut pada hari tasyrik iaitu 10,11,12 dan 13 Zulhijjah (bulan Islam)


     


KAUM CINA 

  • Tahun Baru Cina (Chinese New Year)
 - disambut pada setiap awal tahun berdasarkan kalendar cina (dinamakan sempena nama haiwan)




  • Chap Goh Mei
- disambut pada 15 hari selepas Tahun Baru Cina sebagai tanda berakhirnya perayaan tersebut






KAUM INDIA

  • Deepavali
menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan




  • Thaipusam
 - disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu sebagai tanda menghormati dewa mereka 






KAUM KADAZAN DUSUN

  • Pesta Kaamatan
- disambut bagi menghormati semangat padi
- disambut selepas selesai aktiviti menuai padi





KAUM IBAN 

  • Hari Gawai
merupakan hari menyambut tahun baru yang menandakan berakhirnya musim menuai padi dan bermulanya musim menanam padi yang baru







AKTIVITI YANG MENGERATKAN PERPADUAN


  • Gotong-royong





  • Rumah terbuka






  • Sukan





  • Sambutan Hari Kebangsaan








KEPENTINGAN MENGAMALKAN SEMANGAT PERPADUAN

  • Membangunkan ekonomi negara
  • Menjaga nama baik negara
  • Terhindar daripada pergaduhan dan perbalahan
  • Mengekalkan kestabilan politik


3 comments:

  1. Terbaek😍sesuai untuk dijadikan rujukan👍terima kasih

    ReplyDelete
  2. jika boleh letak soalan bg ahli kumpulan ni jawap.Terima kasih

    ReplyDelete

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN